Penempatan dan Pengisian

 33 UP.2.2.2 Asas penempatan/pertukaran 10. Ceraian UP.2.2.1 mengenai Panduan Pertukaran Pegawai Awam hendaklah diberi perhatian dalam menguruskan penempatan/pertukaran pegawai gunasama persekutuan. Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam urusan tersebut adalah seperti berikut: (a) kelayakan, pengalaman, pengkhususan dan kemahiran pegawai dengan deskripsi kerja/ jawatan; (b) kecenderungan, minat, personaliti dan kesesuaian pegawai dengan jawatan yang hendak diisi; (c) pelaksanaan sesuatu projek/ program yang sedang diuruskan oleh pegawai; (d) pembangunan dan landasan kerjaya (career-path) pegawai; (e) perancangan penggantian; (f) pengukuhan dan pemantapan organisasi melalui penempatan pegawai yang bersesuaian; (g) peningkatan pengalaman dan kemahiran pegawai; (h) keberkesanan dan imej pegawai; dan (i) kesejahteraan dan kebajikan pegawai. 11. Di samping faktor-faktor di perenggan 10, perhatian hendaklah juga diberi kepada perkara-perkara berikut: (a) mengelakkan penempatan/ pertukaran berasaskan kepentingan peribadi dan kepentingan pihak-pihak tertentu; dan (b) mengelakkan masalah over specialisation, inbreeding dan indispensable officer. Pegawai sebaik-baiknya ditukarkan ke jawatan lain selepas satu tempoh seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy