Penempatan dan Pengisian

 31 UP.2.2.2 “Pelantikan seterusnya” bermaksud pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat ke perkhidmatan atau skim perkhidmatan yang sama atau lain. “Penempatan” bermaksud proses menempatkan seseorang pegawai yang dilantik kali pertama atau seterusnya atau memangku atau dinaikkan pangkat bagi mengisi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. “Pertukaran atau pertukaran lateral” bermaksud perpindahan seseorang pegawai ke suatu jawatan yang grednya sama dengan gred hakiki pegawai dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama. Penurunan Kuasa 4. Urusan penempatan/pertukaran pegawai perkhidmatan gunasama persekutuan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 sehingga 54 dan Kumpulan Sokongan Gred 19 hingga 40 atau setaraf dengannya bagi skim-skim perkhidmatan di Lampiran UP.2.2.2(A) diturunkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri. 5. Penurunan kuasa penempatan/pertukaran ini adalah terhad di dalam Kementerian atau Pentadbiran Negeri berkenaan serta Jabatan-jabatan di bawahnya sahaja yang melibatkan urusan: (a) pertukaran lateral; (b) penempatan dalaman berikutan daripada pelantikan pertama atau pelantikan seterusnya; dan (c) penempatan dalaman setelah pegawai diluluskan pemangkuan atau kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. 6. Penempatan/pertukaran pegawai gunasama persekutuan di antara Kementerian atau Pentadbiran Negeri akan diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut keperluan serta kepentingan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy