Penempatan dan Pengisian

 30 CERAIAN UP.2.2.2 PENURUNAN KUASA URUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI GUNASAMA PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan penurunan kuasa urusan penempatan dan pertukaran pegawai gunasama persekutuan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan usaha berterusan untuk meningkatkan lagi keberkesanan jentera pentadbiran dan mempercepatkan sistem penyampaian di peringkat Kementerian dan Pentadbiran Negeri, Kerajaan bersetuju untuk menurunkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan urusan penempatan/ pertukaran pegawai gunasama persekutuan di bawah pentadbiran masing-masing. PELAKSANAAN Definisi 3. Bagi tujuan Ceraian ini: “Ketua Setiausaha Kementerian” bermaksud bagi sesuatu Kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan dan bagi Jabatan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan. “Perkhidmatan Gunasama Persekutuan” bermaksud Perkhidmatan- perkhidmatan yang ketua perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti di Lampiran UP.2.2.2(A) dan mana-mana perkhidmatan lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. “Pelantikan pertama” bermaksud pelantikan secara tetap/ sementara/ kontrak kali pertama seseorang pegawai ke perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy