Pelantikan

 550 Bil. Keputusan Bagi Setiap Elemen Proses Pelaksanaan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen (b) Ketua Jabatan hendaklah merekodkan keputusan tersebut dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. (c) Pegawai tidak dibenarkan mengulang PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatan kerana gagal elemen Disiplin dan Personaliti. 33. Ringkasan carta alir bagi proses ini adalah seperti di Lampiran UP.1.3.9(F). Pegawai Yang Tidak Melengkapkan Kehadiran PTM 34. Pegawai yang tidak dapat hadir mana-mana modul PTM hendaklah mendapatkan kebenaran daripada urus setia untuk meninggalkan PTM melalui borang seperti di Lampiran UP.1.3.9(G) dan Lembaran UP.1.3.9(G1). Urus setia hendaklah mengemukakan borang yang telah disahkan tersebut kepada Ketua Jabatan sejurus selepas tamat sesi PTM tersebut. Sebab-sebab yang dibenarkan adalah seperti yang berikut: (i) disahkan tidak sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; (ii) terpaksa meninggalkan program untuk menjaga ahli keluarga yang sakit atau menguruskan ahli keluarga yang meninggal dunia; (iii) terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah; (iv) melahirkan anak atau isteri melahirkan anak dalam tempoh program; atau (v) keadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan oleh urus setia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy