Pelantikan

 117 UP.1.3.7 7. Walau apa pun, bagi pegawai yang belum lulus tapisan keselamatan: (a) pengesahan dalam perkhidmatan boleh dibuat apabila pegawai telah memenuhi syarat skim perkhidmatan serta syarat lain yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa; dan (b) pegawai masih tertakluk untuk menjalani serta lulus tapisan keselamatan setelah disahkan dalam perkhidmatan. 8. Pegawai yang gagal tapisan keselamatan boleh ditamatkan perkhidmatannya berdasarkan kepada peraturan berikut: (a) Peraturan 49 (1), P.U.(A) 1/2012 bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan; atau (b) Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan. 9. Keputusan ini tidak melibatkan sebarang perubahan kepada peraturan yang berkuat kuasa mengenai tapisan keselamatan yang telah ditetapkan dalam Peraturan 80 dan 81, Arahan Keselamatan. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011: Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam dan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA SULIT 376/Bhg.10/5 bertarikh 2 Mei 1979 adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy