Pelantikan

 116 UP.1.3.7 menetapkan syarat kelayakan masuk minimum di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma atau kelayakan yang setaraf dan mana-mana pegawai yang disyaratkan untuk menjalani tapisan keselamatan; “perkhidmatan awam” bermaksud perkhidmatan awam am Persekutuan, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran; dan “Tapisan Keselamatan” bermaksud proses memeriksa latar belakang pegawai oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia bagi memastikan pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam bebas dan bersih daripada anasir subversif, espionaj dan sabotaj. Proses ini mengandungi dua jenis iaitu ‘Kasar’ dan ‘Halus’: (a) ‘Tapisan Keselamatan Kasar’ ialah proses yang asas digunakan bagi menapis pegawai awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat Sulit; dan (b) ‘Tapisan Keselamatan Halus’ ialah proses yang teliti digunakan bagi menapis pegawai awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat ‘Rahsia’ atau ‘Rahsia Besar’. Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan 5. Bagi menyegerakan urusan pelantikan ke perkhidmatan awam, terdapat keperluan meminda pelaksanaan tapisan keselamatan dalam surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA SULIT 376/Bhg.10/5 bertarikh 2 Mei 1979 yang mengkehendaki pegawai lulus tapisan keselamatan sebelum dilantik secara rasmi. Justeru, Kerajaan telah memutuskan pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam dikehendaki menjalani dan lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau setelah disahkan dalam perkhidmatan. 6. Untuk melaksanakan keputusan ini, Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai mengemukakan maklumat tapisan keselamatan dalam tempoh 30 hari mulai tarikh melaporkan diri bertugas serta menjalani dan lulus tapisan keselamatan sebaikbaiknya sebelum disahkan dalam perkhidmatan. Bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetapi belum menjalani tapisan keselamatan, pegawai hendaklah menjalani dan lulus tapisan keselamatan dalam tempoh satu tahun mulai tarikh pegawai disahkan dalam perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy