Pelantikan

 63 UP.1.2.2 (a) pada gaji minimum di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman; atau (b) pada gaji yang sama dengan jumlah gaji yang boleh diselaraskan di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki yang kadarnya ditetapkan mengikut perkhidmatan dan agensi seperti di perenggan 9 dan Jadual 1 hingga 5. Bagi peminjaman ke skim perkhidmatan yang berlainan, agensi peminjam hendaklah memohon kepada Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meminda butiran perjawatan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi membolehkan pegawai dibayar gaji di atas gred jawatan hakiki dan insentif peminjaman. 7. Kaedah penetapan gaji peminjaman adalah berdasarkan keadaan peminjaman seperti berikut: (a) jika peminjaman itu melibatkan jawatan yang sama grednya atau setaraf dengan gred jawatan hakiki pegawai, penetapan gaji permulaan adalah: (i) pada gaji terhad di Peringkat 1 (P1) gred jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P1; (ii) pada gaji terhad di Peringkat 2 (P2) gred jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P2; atau (iii) pada gaji terhad di Peringkat 3 (P3) gred jawatan pinjaman dengan mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan jika gaji di gred jawatan hakiki berada di P3. Walau apapun prinsip penetapan gaji permulaan di perenggan (a)(i), (ii) dan (iii), sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di P1, P2 atau P3 gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy