Pelantikan

 62 UP.1.2.2 PELAKSANAAN Syarat Peminjaman Kesesuaian Pegawai 5. Pegawai yang diperakukan untuk dilantik secara peminjaman hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: (a) dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan; (b) memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di gred jawatan pinjaman; (c) mencapai tahap prestasi kerja 80% dan ke atas berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini; (d) mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas gred jawatan pinjaman selaras dengan hasrat mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan; dan (e) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali: (i) memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau (ii) memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun. Penetapan Gaji Permulaan 6. Gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan seperti di perenggan 8 dan mengikut prinsip berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy