Kemajuan Kerjaya

 1-12 PENILAIAN KOMPETENSI 3. Penilaian kompetensi adalah berasaskan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai. Purata markah keseluruhan LNPT yang perlu diperoleh bagi tiga (3) tahun terkini adalah 90% dan ke atas (dengan syarat pencapaian LNPT setiap tahun tidak kurang 90%) seperti ketetapan berikut: Jadual 1 : Purata Pemarkahan LNPT Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun Pertama (100%) Tahun Kedua (100%) Tahun Ketiga (100%) [a] [b] [c] Kaedah Pengiraan : ( [a] + [b] + [c] ) / 3 = 100% PENILAIAN POTENSI 4. Penilaian potensi pegawai dilaksanakan dengan mengguna pakai Borang Penilaian Tahap Potensi seperti di Lampiran B1 dan kaedah pengiraan adalah seperti di Lampiran B2. Penilaian potensi perlu dilengkapkan oleh Pegawai Penilai yang merupakan pegawai atasan kepada pegawai dan kemudiannya disahkan oleh Ketua Jabatan. 5. Bagi memastikan penilaian yang dibuat bersifat objektif dan menyeluruh, penilaian hendaklah mengambil kira pandangan dan perakuan daripada Search Committee/ Panel Pembangunan Sumber Manusia/ lain-lain jawatankuasa berkaitan pembangunan sumber manusia. 6. Penetapan markah dalam penilaian potensi oleh Pegawai Penilai dan Ketua Jabatan ke atas perkara-perkara seperti yang dinyatakan di perenggan 4 adalah berdasarkan skala dan tahap seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy