Kemajuan Kerjaya

 1-11 LAMPIRAN B TAPISAN KETUA JABATAN LATAR BELAKANG 1. Tapisan Ketua Jabatan ke atas pegawai Kumpulan P&P bagi tujuan pencalonan untuk mengikuti penilaian pihak ketiga perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan hanya pegawai yang benar-benar kompeten dengan kualiti kepimpinan, pengetahuan dan kepakaran yang bersesuaian mengikuti penilaian pihak ketiga tersebut. 2. Tapisan Ketua Jabatan ini melibatkan penilaian terhadap kompetensi pelaksanaan tugas di gred yang sedang disandang dan keupayaan pegawai bagi mengukur potensi Pegawai Yang Dinilai (PYD) untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi berdasarkan aspek berikut: a. Pemikiran (Think) - PYD berpandangan jauh dan berupaya berfikir secara analitikal dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. PYD juga cekap untuk menjana idea atau gagasan yang baru, asli, luar biasa dan bernilai; b. Kepimpinan (Lead) - PYD mempunyai ciri-ciri kepimpinan berwawasan (visionary leadership) dan tahap akauntabiliti yang tinggi. PYD juga membangunkan potensi serta kompetensi pegawai seliaannya; c. Komunikasi (Speak) - PYD boleh berinteraksi secara berkesan sama ada dengan pegawai penyelia, rakan sejawat mahupun pegawai seliaannya dan mampu menimbulkan kesan positif ke atas suasana kerja dalam organisasi. Mempunyai penguasaan bahasa yang baik serta mampu menyampaikan idea dan maklumat secara tepat dan jelas (precise and concise); dan d. Tindakan (Act) - PYD berani membuat keputusan dan berupaya melaksanakan tindakan dengan cepat, tepat dan berintegriti. PYD berupaya memacu kecemerlangan jabatan serta berkebolehan mencetus dan mengurus perubahan. PYD sentiasa meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadinya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy