Kemajuan Kerjaya

 13 UP.6.1.3 (b) mencapai sekurang-kurangnya skor A dalam penilaian tahap potensi; (c) memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 English Language Proficiency Assessment (ELPA). Keperluan penguasaan Bahasa Malaysia/bahasa lain ditetapkan berdasarkan keperluan skim perkhidmatan berkaitan; (d) memperoleh sekurang-kurangnya aras cemerlang dalam program penilaian pihak ketiga; (e) melepasi penilaian khas yang ditetapkan; (f) diperakukan oleh Search Committee kepada Lembaga Kenaikan Pangkat; dan (g) memenuhi apa-apa kriteria lain yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 4. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) membangunkan kriteria penilaian mengikut kesesuaian skim perkhidmatan; (b) melaksanakan program penilaian kepimpinan ke atas calon pegawai berpotensi tinggi; (c) mengenalpasti calon pegawai berpotensi tinggi yang layak diperaku kepada Search Committee untuk ke laluan fast track; dan (d) mendapatkan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat untuk melaksanakan program penilaian kepimpinan. 5. Ketua Perkhidmatan boleh menyediakan program pembangunan yang bersesuaian bagi memastikan pegawai yang melepasi tapisan fast track di bawah tanggungjawabnya dipersiapkan dengan kompetensi yang sesuai dengan jawatan strategik yang dikenal pasti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy