Kemajuan Kerjaya

 12 CERAIAN UP.6.1.3 KEMAJUAN KERJAYA LALUAN SECARA PANTAS (FAST TRACK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan laluan kerjaya secara pantas (selepas ini disebut sebagai laluan fast track) bagi mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berpotensi tinggi iaitu memiliki daya kepimpinan, pemikiran dan komunikasi aras tinggi serta merupakan pencetus inovasi nilai (inovasi berimpak tinggi dengan kos yang rendah). Pegawai juga membudayakan akauntabiliti dan bertindak atas prinsip, membuat keputusan strategik, berani mengambil risiko dan bijak mengurus kepelbagaian pemegang taruh (stakeholder) ke arah memastikan kelestarian kepimpinan perkhidmatan awam yang berkaliber dan berpersonaliti unggul. Pegawai fast track ini merupakan calon yang berpotensi untuk mengisi jawatan strategik semasa dan akan datang. LATAR BELAKANG DASAR FAST TRACK 2. Pegawai awam yang dikenalpasti berpotensi tinggi boleh diberi keutamaan mengisi kekosongan jawatan di gred yang lebih tinggi mendahului pegawai lain di gred yang sama atau gred yang lebih kanan dalam skim perkhidmatan yang sama oleh Lembaga Kenaikan Pangkat, setelah ia memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang berkuatkuasa dan melepasi tapisan fast track. PELAKSANAAN Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan 3. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak untuk dipertimbangkan di bawah laluan fast track hendaklah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang berkuatkuasa dan melalui proses tapisan yang ketat seperti berikut: (a) mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurangkurangnya 90% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy