Kemajuan Kerjaya

 14 UP.6.1.3 Tanggungjawab Search Committee 6. Search Committee akan memperakukan pegawai ke program penilaian kepimpinan dan pemangkuan/kenaikan pangkat di bawah laluan fast track. Keanggotaan Search Committee adalah sepertimana yang ditetapkan di dalam Ceraian UP.6.1.1. Walau bagaimanapun, keanggotaan Search Committee tersebut boleh ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa. PANDUAN PELAKSANAAN LALUAN FAST TRACK 7. Garis panduan pelaksanaan laluan fast track bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah seperti di Lampiran UP.6.1.3(A). KEKECUALIAN 8. Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan fast track selain daripada ketetapan yang terkandung di dalam Ceraian ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 9. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2016: Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan (ii) Surat Edaran JPA.BK(S)215/80/2 Jld.6 (37) bertarikh 2 Mei 2017: Penambahbaikan Pelaksanaan Dasar Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy