Kemajuan Kerjaya

 1-6 3. Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development) Penghasilan kajian-kajian berkaitan bidang kepakaran yang berimpak tinggi serta dijadikan rujukan dari dalam atau luar organisasi; 4. Konsultasi dan Khidmat Rundingan Menjalankan khidmat runding cara secara project-based dalam skop kepakaran kepada pelbagai pihak dalam dan luar organisasi; 5. Coaching & Mentoring Keupayaan melahir dan membentuk pelapis yang mempunyai kepakaran yang sama (transfer of knowledge and skills); atau 6. Item-item lain yang bersesuaian dengan skim perkhidmatan Kriteria khusus yang dibangunkan berdasarkan keunikan sesuatu skim perkhidmatan. 13. Kriteria kepakaran yang dibangunkan beserta pindaannya hendaklah mendapat kelulusan LKP. 14. Ketua Perkhidmatan boleh menyediakan borang permohonan ke laluan SME berdasarkan kesesuaian skim perkhidmatan. Contoh borang permohonan adalah seperti di Lampiran B3. 15. Pegawai yang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan diperaku oleh JKI adalah layak dipertimbang untuk diiktiraf sebagai SME. Pegawai yang telah diiktiraf sebagai SME oleh LKP akan diberi pemangkuan ke satu gred lebih tinggi. 16. Bagi pelaksanaan laluan SME ini, kenaikan gred pegawai tidak dikaitkan dengan pertambahan kuasa perintah dan kawalan (command and control) atau tugas penyeliaan kepada pegawai. Fasa 2: Kenaikan Pangkat 17. Pegawai SME yang telah memangku sekurang-kurangnya satu (1) tahun, boleh diperakukan kenaikan pangkat oleh JKI sekiranya berpuas hati dengan prestasi pegawai di gred kepakaran yang dipangku dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy