Kemajuan Kerjaya

 1-7 (a) syarat asas (i) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iii) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) melepasi markah 85% bagi SSA tahun pertama; dan (c) melepasi markah 85% bagi LNPT tahun terkini. 18. Sekiranya pegawai gagal mencapai atau memenuhi syarat di atas dalam tempoh dua (2) tahun, JKI perlu memperakukan kepada LKP supaya pegawai dikeluarkan daripada laluan SME. 19. LKP boleh membuat apa-apa keputusan berhubung kenaikan pangkat pegawai berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Fasa 3 : Penilaian Tahap Kepakaran Bagi Tujuan Pemangkuan Ke Gred Seterusnya atau Pengekalan Pemangkuan Ke Gred Seterusnya 20. Pegawai SME akan dipertimbangkan pemangkuan ke gred seterusnya setelah berada di gred kepakaran semasa sekurang-kurangnya tempoh tiga (3) tahun dan melepasi penilaian tahap kepakaran pada gred berikutnya. 21. Bagi tujuan tersebut, pegawai SME hendaklah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa serta melepasi markah penilaian seperti berikut:- (a) syarat asas (i) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) telah mengisytiharkan harta; (iii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iv) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) melepasi markah keseluruhan 90% bagi SSA dan LNPT dengan syarat tidak kurang daripada markah minimum 85% bagi LNPT dan 85% bagi SSA untuk tempoh tiga (3) tahun penilaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy