Kemajuan Kerjaya

 1-5 (ii) Kriteria Umum (wajaran markah 30%) Kriteria umum yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan mengandungi elemen seperti berikut: 1. Pencapaian Akademik Memiliki pencapaian akademik/sijil ikhtisas/sarjana/Ph.D berkaitan bidang kepakaran; 2. Sumbangan Idea inovatif dan kreatif di dalam tugas rasmi atau tidak rasmi, penglibatan di dalam program berimpak tinggi, mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat universiti, sektoral, negara atau antarabangsa; 3. Anugerah/Pengiktirafan Anugerah/pengiktirafan yang diterima di peringkat universiti, sektoral, negara atau antarabangsa berkaitan bidang kepakaran; dan 4. Penilaian Kepakaran 360° Pengesahan daripada pegawai penilai, rakan sejawat dan pegawai bawahan mengenai kepakaran pegawai. Ketua Perkhidmatan boleh menetapkan wajaran markah bagi setiap elemen di bawah kriteria umum di atas. (iii) Kriteria Khusus (wajaran markah 70%) Ketua Perkhidmatan boleh menentukan sekurang-kurangnya tiga (3) kriteria khusus seperti di bawah: 1. Kelayakan Profesional Memiliki kelayakan profesional dari badan profesional yang diiktiraf di peringkat negara atau antarabangsa; 2. Penulisan dan Pembentangan Ilmiah atau Laporan Teknikal Penghasilan bahan rujukan dan laporan profesional dalam bidang kepakarannya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy