Kemajuan Kerjaya

 1-4 Tanggungjawab Urus Setia 10. Urus setia hendaklah melaksanakan perkara-perkara sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan SME seperti di Lampiran B1. 11. Peranan dan hubung kait pelaksanaan SME ini dijelaskan melalui carta alir pelaksanaan SME seperti di Lampiran B2. FASA PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN SME 12. Di bawah kemajuan kerjaya laluan SME, terdapat tiga (3) fasa pelaksanaan seperti berikut: a) Fasa 1: Kemasukan Pegawai boleh memohon untuk berada di laluan SME dan perlu melepasi syarat asas serta mencapai markah keseluruhan tidak kurang daripada 85% bagi kriteria umum dan khusus seperti berikut: (i) Syarat Asas Syarat asas yang terpakai bagi semua skim perkhidmatan: 1) pegawai berada di gred 44/ 48/ 52/ 54 atau setaraf; 2) berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya 8 tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional; 3) telah berkhidmat dalam bidang khusus yang sama sekurangkurangnya 5 tahun bagi pegawai dalam bidang profesional/ teknikal atau sekurang-kurangnya 7 tahun bagi pegawai dalam bidang pengurusan; 4) mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut; 5) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 6) bebas daripada hukuman tatatertib; 7) telah mengisytiharkan harta; dan 8) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy