Kemajuan Kerjaya

 1-3 Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 7. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) mengkaji dan menetapkan bidang kepakaran berdasarkan hala tuju jabatan/kementerian dan negara; (b) merancang dan melaksanakan dasar kemajuan kerjaya secara efektif termasuk pelan pembangunan kepakaran; (c) membangun dan memperincikan kriteria penilaian kepakaran serta mekanisme tapisan kepakaran; (d) membangun kamus kompetensi bidang kepakaran; (e) menyediakan senarai SSA; dan (f) mengurus dan memantau pelaksanaan SME di peringkat jabatan/ kementerian. Tanggungjawab JKI 8. JKI hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) meluluskan bidang kepakaran; (b) melantik anggota JKK; (c) memperaku kriteria penilaian, dan pindaannya kepada urus setia LKP di JPA; (d) memperaku calon untuk kemasukan ke laluan SME; (e) memperaku kenaikan pangkat pegawai SME; dan (f) memperaku pegawai SME untuk pemangkuan ke gred seterusnya. Tanggungjawab JKK 9. JKK bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) menjalankan tapisan calon melalui kaedah yang bersesuaian; (b) mengemukakan keputusan penilaian kepakaran kepada JKI; (c) menyemak dan menambah baik kriteria penilaian kepakaran; dan (d) menilai pencapaian SSA pegawai SME setiap tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy