Kemudahan Cuti

60  CERAIAN SR.5.3.5 KEMUDAHAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD PERAYAAN VAISAKHI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod perayaan Vaisakhi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod perayaan Vaisakhi yang merupakan salah satu hari kebesaran penganut Sikh. Kelayakan cuti tanpa rekod perayaan Vaisakhi telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN 223/8/3 Klt.19 (17) bertarikh 10 April 2013: Kelayakan Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi. PELAKSANAAN 3. Cuti tanpa rekod selama satu (1) hari diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam penganut Sikh pada hari perayaan Vaisakhi iaitu pada 14 April setiap tahun bagi pegawai menunaikan tanggungjawab keagamaan. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA.SARAAN 223/8/3 Klt.19 (17) bertarikh 10 April 2013: Kelayakan Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy