Kemudahan Cuti

61  CERAIAN SR.5.3.6 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod perayaan Hari Deepavali bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperuntukkan cuti tanpa rekod Perayaan Hari Deepavali kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menganut agama Hindu. Kelayakan cuti tanpa rekod Perayaan Hari Deepavali telah diperuntukkan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.8 (10) bertarikh 5 November 2018: Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu. PELAKSANAAN 3. Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu diberikankemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari bagi perayaan Hari Deepavali iaitu pada hari berikutnya sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga. PEMBATALAN 4. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini Surat Edaran JPA.SARAAN(S) 43/35 Jld.8(10) bertarikh 5 November 2018: Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy