Kemudahan Cuti

51  CERAIAN SR.5.3.1 KEMUDAHAN CUTI HAJI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan peraturan Kemudahan Cuti Haji kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Haji kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah diperuntukkan di Perintah Am 34 dan 35 Bab C (Cuti), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984: Peraturan Mengenai Kelayakan Cuti Haji di Bawah PerintahPerintah Am 34 dan 35, Bab “C” dan Perenggan 6, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Cuti Haji dan Surat Edaran JPA.SARAAN(S)43/36 Jld.4(4) bertarikh 27 Ogos 2019: Penjelasan Mengenai Cuti Haji Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam. PELAKSANAAN Kelayakan Cuti Haji 3. Kemudahan Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C adalah dikekalkan dengan pindaan berikut: a. Cuti Haji boleh diluluskan kepada pegawai beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; b. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh maksimum 40 hari, termasuk cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 40 hari atas sebabsebab tertentu maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan cuti rehat, cuti rehat khas, cuti penggal sekolah (jika termasuk dalam cuti penggal sekolah) atau cuti tanpa gaji, yang mana berkaitan, tertakluk kepada kelayakan pegawai; c. Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan; dan d. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy