Kemudahan Cuti

50  SR.5.2.5 6. Tanggungjawab pegawai adalah: (i) mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan sebelum memulakan pengajian; dan (ii) mengemukakan permohonan cuti tanpa rekod kepada Ketua Jabatan berserta dokumen sokongan iaitu surat arahan IPT yang mewajibkan pegawai menghadiri kursus intensif. 7. Tanggungjawab Ketua Jabatan adalah: (i) meneliti dan mempertimbangkan permohonan pegawai dengan mengambil kira syarat-syarat pemberian cuti tanpa rekod ini seperti di perenggan 4 dan jenis-jenis kursus intensif seperti di perenggan 5; dan (ii) merekodkan cuti tanpa rekod yang diluluskan di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009: Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy