Kemudahan Cuti

46  CERAIAN SR.5.2.4 KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH DI LUAR STESEN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar stesen. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar stesen sebagai saksi pihak bukan Kerajaan adalah diperuntukkan melalui perenggan 2.2 (b) Surat Edaran JPA(S) 223/8/3-3 SK.4 /(11) bertarikh 26 Julai 1994: Kemudahan Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Yang Disapina Untuk Hadir Di Mahkamah Sebagai Saksi Atau Memberi Keterangan Pakar. PELAKSANAAN 3. Kemudahan cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar stesen sebagai saksi pihak bukan Kerajaan. 4. Kemudahan ini diperuntukkan bagi hari-hari yang diperlukan untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas bagi maksud perjalanan sekiranya diperlukan. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, perenggan 2.2 (b) Surat Edaran JPA.(S) 223/8/3-3 SK.4/(11) bertarikh 26 Julai 1994: Kemudahan Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Yang Disapina Untuk Hadir Di Mahkamah Sebagai Saksi Atau Memberi Keterangan Pakar adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy