Kemudahan Cuti

 45 CERAIAN SR.5.2.3 KEMUDAHAN CUTI UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti untuk mengambil peperiksaan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah diperuntukkan melalui Perintah Am 44 Bab C (Cuti) dan pindaannya melalui Perenggan 8 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan Bagi Pegawai Awam Perkhidmatan Persekutuan. PELAKSANAAN 3. Kemudahan cuti untuk mengambil peperiksaan diberikan untuk membolehkan seseorang pegawai menduduki sebarang peperiksaan bagi membaiki peluang hidup di masa hadapan. Cuti untuk menduduki peperiksaan diberi pada hari peperiksaan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 4. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan dalam rekod perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Perenggan 8 Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991: Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan Bagi Pegawai Awam Perkhidmatan Persekutuan adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy