Kemudahan Cuti

 43 SR.5.2.2 (f) Sijil Kelahiran Anak/MyKid (jika ada) atau Perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak atau Surat Tawaran Anak Pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat atau Borang 13 Akta Kanak-kanak 2001 Kebenaran Bagi Pengambilan Kanak-kanak. (v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan (vi) pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak di perenggan 6 (i) terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. Tanggungjawab Ketua Jabatan 11. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk: (i) memberi pertimbangan dan kelulusan sewajarnya terhadap permohonan pegawai dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas khususnya bagi perkhidmatan- perkhidmatan perlu (essential services) mengikut perkhidmatan yang disenaraikan di bawah Jadual Satu (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177]; (ii) mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang sedang bercuti dan pegawai dikehendaki mematuhinya; (iii) merekodkan kelulusan Cuti Menjaga Anak di bawah Ceraian ini dan termasuk merekodkan pindaan kepada tempoh Cuti Menjaga Anak yang dipendekkan dan tarikh pegawai kembali bertugas, dalam rekod perkhidmatan pegawai; (iv) membuat pelarasan gaji bagi pegawai yang diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang melibatkan pergerakan gaji selepas pegawai melapor diri untuk bertugas; dan (v) mengemukakan salinan kelulusan kemudahan Cuti Menjaga Anak kepada Bahagian Sumber Manusia kementerian/jabatan/agensi untuk tujuan perancangan pengurusan sumber manusia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy