Kemudahan Cuti

 42 SR.5.2.2 Tatacara Permohonan 10. Permohonan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah dilaksanakan mengikut tatacara yang berikut: (i) permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan 30 hari sebelum tamat tempoh Cuti Bersalin; (ii) permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa Cuti Menjaga Anak; (iii) permohonan untuk meminda tempoh Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan 30 hari sebelum tamat tempoh Cuti Menjaga Anak yang berkuat kuasa. Bagi Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin tertakluk kepada syarat tempoh yang hendak dipohon tidak terputus daripada tempoh yang telah diluluskan; (iv) permohonan dikemukakan kepada Ketua Jabatan menggunakan Borang Permohonan Kemudahan Cuti Menjaga Anak seperti di Lampiran SR.5.2.2 berserta salinan dokumen-dokumen yang berikut: (a) perakuan bersalin bagi pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan telah tiada baki Cuti Bersalin; (b) Sijil Kelahiran Anak/MyKid; (c) Sijil Kelahiran Anak/MyKid berserta Sijil Pendaftaran Nikah/Sijil Perkahwinan bagi anak tiri tanggungan; (d) Sijil Pendaftaran Pengangkatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi anak angkat de facto; (e) Sijil Kelahiran Anak/MyKid bagi pengangkatan di bawah Perintah Mahkamah; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy