Kemudahan Cuti

 38 SR.5.2.2 “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan, institusi atau agensi dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi atau agensi untuk bertindak bagi pihaknya. “satu (1) tahun” bersamaan dengan 365 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. “lima (5) tahun” bersamaan dengan 1,825 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Kelayakan 4. Terdapat dua (2) jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak, iaitu Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. 5. Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut: (i) terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin; dan (ii) tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan. 6. Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut: (i) melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai: (a) anak kandung; (b) anak tiri tanggungan; (c) anak angkat de facto; (d) anak angkat; dan (e) anak pelihara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy