Kemudahan Cuti

 37 CERAIAN SR.5.2.2 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Cuti Menjaga Anak kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang diperuntukkan kepada pegawai wanita secara tanpa gaji bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014: Kemudahan Cuti Menjaga Anak. Tafsiran 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “anak kandung” bermaksud anak sendiri. “anak tiri tanggungan” bermaksud anak kepada suami hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan darah daging sendiri) yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. “anak angkat de facto” bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]. “anak angkat” bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula. (Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]). “anak pelihara” bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah Seksyen 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611].

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy