Kemudahan Cuti

1-4  Contoh 3: Puan Zaharah merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar di Sekolah A pada 1 Januari 2018. Beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai pentadbir berkuat kuasa pada 1 Oktober 2018 dan diperuntukkan Cuti Rehat Tahunan (CRT) menggantikan Cuti Rehat Khas (CRK) yang diterimanya semasa mengajar di sekolah. Beliau telah menggunakan 4 hari CRK dan 5 hari CRT sepanjang tahun 2018. (Andaian kelayakan CRK dan CRT pegawai masing-masing adalah 10 hari setahun dan 25 hari setahun) Ilustrasi penjelasan di atas adalah seperti berikut: Tarikh Tempat Bertugas Keterangan Kelayakan Cuti (Hari) CRK CRT 1.1.18 - 30.9.18 (273 hari) Sekolah Kelayakan CRK 2018 7 - CRK diambil -4 - Baki CRK pada 30.4.18 3 - 1.10.18 - 31.12.18 (92 hari) PPD Kelayakan CRT 2018 - 6 CRT diambil - -5 Baki CRT pada 31.12.18 - 1 Apabila pegawai berpindah dari sekolah ke PPD: (i) Baki CRK (3 hari) tidak boleh digunakan di tempat bertugas yang baharu. CRK yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah mengikut baki kelayakan CRK pada tahun tersebut. Baki CRK tidak boleh dibawa ke tahun berikut. (ii) Pegawai layak diberikan kemudahan CRT pada kadar prorata sebanyak 6 hari semasa bertugas sebagai pentadbir di PPD. CRT yang boleh dikumpul untuk tujuan GCR adalah separuh dari kelayakan CRT pada tahun tersebut. Baki CRT boleh dibawa ke tahun berikutnya kerana pegawai masih berkhidmat di PPD. Sekolah PPD CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT = 92/365 x 25 hari = 6.3 ≈ 6 hari CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK = 273/365 x 10 hari = 7.47 ≈ 7 hari 1.1.2018 1.10.2018 31.12.2018

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy