Kemudahan Cuti

26  SR.5.1.5 Kelayakan Cuti Rehat Khas 4. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas setahun bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mulai 1 September 2022 ialah seperti jadual di bawah: Skim Perkhidmatan Kadar Kurang 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Lebih 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 10 hari 15 hari 5. Contoh simulasi kelayakan cuti bagi pegawai dalam keadaan di perenggan 4 adalah seperti di Lampiran SR.5.1.5. 6. Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. 7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan selain yang dinyatakan di perenggan 6 atau diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat adalah tidak layak Cuti Rehat Khas. 8. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada: i. Guru Sandaran/Guru Interim; dan ii. Guru Kontrak. Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas 9. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan sepertimana dinyatakan di perenggan 15 dan 16. 10. Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. 11. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy