Kemudahan Cuti

25  CERAIAN SR.5.1.5 KEMUDAHAN CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan peraturan pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan telah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. PELAKSANAAN Tafsiran 3. Bagi maksud Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: ‘perkhidmatan yang melayakkan’ bermaksud perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, cuti rehat, cuti sakit dan cuti penggal/semester bergaji penuh tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar; ‘ahli keluarga’ bermaksud suami atau isteri dan anak-anak pegawai; dan ‘sanak saudara rapat’ bermaksud ibu bapa kandung, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu dan bapa saudara, adik beradik, datuk dan nenek kepada pegawai dan suami/isteri pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy