Kemudahan Cuti

10  SR.5.1.1 vi. bagi pegawai lantikan tetap pertama yang dilantik mulai 1 Januari 2009, sama ada dilantik atau tidak dilantik ke jawatan lain selepas itu, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama. 8. Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai seperti di perenggan 7(i) hingga 7(vi) adalah seperti dalam Jadual 5 yang berikut: Jadual 5: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan* Tarikh Lantikan Pertama/Baharu Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan ⃰⃰ G⃰enap 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-54 Pengurusan Tertinggi Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-54 Pengurusan Tertinggi Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 hari 30 hari Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari *Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas. ⃰ Genap 10 tahun perkhidmatan dikira daripada tarikh lantikan tetap pertama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti dijelaskan di perenggan 6 [mengikut syarat-syarat tempoh perkhidmatan yang melayakkan seperti yang ditafsirkan di dalam Perintah Am 1(ix) Bab C (Cuti) Tahun 1974] Cuti Rehat Pegawai Lantikan Kontrak Dan Sementara Yang Kemudiannya Dilantik Secara Tetap 9. Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan kontrak dan sementara yang kemudiannya dilantik secara tetap adalah ditentukan berdasarkan tarikh lantikan ke jawatan tetap.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy