Kemudahan Cuti

 72 CERAIAN SR.5.4.3 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA ORGAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ. LATAR BELAKANG 2. Pendermaan organ ialah proses mendermakan sebahagian organ daripada tubuh badan penderma untuk tujuan pemindahan kepada penerima yang memerlukannya. Kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma organ adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ. PELAKSANAAN 3. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang menderma organ hendaklah dilaksanakan seperti berikut: a. kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandaran/guru interim; b. pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; c. kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan; d. bagi tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy