Nilai Taraf

 5 SP.2.1.1 PELAKSANAAN Tatacara Semakan Status Pengiktirafan Kelayakan 4. Dengan perpindahan fungsi pengiktirafan ke MQA, semua Pihak Berkuasa Melantik hendaklah membuat semakan terus berkenaan kelayakan dan nilai taraf menerusi MQR melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mqr dan Sistem Pengiktirafan Kelayakan (eSisraf) melalui capaian https://app.mohe.gov.my/iktiraf/. (Sebarang pengemaskinian kepada capaian/pautan ini akan dimaklumkan pada laman web MQA dari semasa ke semasa). Sekiranya kelayakan tidak disenarai dalam MQR dan eSisraf, maka Pihak Berkuasa Melantik boleh membuat rujukan kepada pihak MQA. 5. Sehubungan ini, semua Pihak Berkuasa Melantik, Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang mengiklankan jawatan kosong, membuat panggilan temuduga, menawarkan latihan pra-perkhidmatan dan kursus-kursus tertentu hendaklah membuat semakan status kelayakan yang dimiliki calon dengan senarai yang dipaparkan di laman web yang dinyatakan di para 4 di atas. Dengan demikian semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan adalah diarah tidak mensyaratkan permohonan menyertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan dari JPA atau MQA. Sekiranya terdapat masalah untuk menyemak sesuatu kelayakan, Pihak Berkuasa Melantik, Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan hendaklah merujuk kepada MQA. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002: Senarai Kelayakan Yang Diiktiraf Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008: Senarai Tambahan Kelayakan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy