Nilai Taraf

 4 CERAIAN SP.2.1.1 SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN YANG PERLU DIGUNAKAN DALAM URUSAN PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan semua Pihak Berkuasa Melantik senarai kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan yang perlu digunapakai dalam urusan perlantikan ke jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Skim-skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa seseorang calon mesti mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan sebelum layak dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Sebelum tahun 2014, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan senarai kelayakan-kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk dijadikan panduan Pihak Berkuasa Melantik dalam urusan perlantikan. Senarai ini adalah merupakan kelayakan yang telah diluluskan pengiktirafannya oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) iaitu sebuah Jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pendidikan dan diurusetiakan oleh JPA. 3. Keurusetiaan bagi Jawatankuasa tersebut telah dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi pada 2014 dan pada 14 Disember 2016, Kerajaan telah memutuskan bahawa urusan pengiktirafan kelayakan dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA) kecuali bagi maksud pelantikan dalam Sektor Perkhidmatan Awam yang akan diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Melantik. Jabatan Perkhidmatan Awam telah memutuskan bagi urusan pelantikan dalam Perkhidmatan Awam adalah mengguna pakai Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register – MQR) dan senarai kelayakan-kelayakan yang telah diiktiraf oleh Kerajaan melalui JTPPK.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy