Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 32 7.2. Analisis Jurang Kompetensi Kenal pasti jurang di antara kompetensi dimiliki pegawai dengan kompetensi jawatan disandang berdasarkan kaedah / instrumen yang dipilih merujuk kepada kamus kompetensi yang dibangunkan. 7.3. Analisis penentuan pendekatan 3P Kenal pasti dan tentukan pendekatan pembangunan kompetensi sama ada pendidikan / pendedahan / pengalaman berdasarkan keperluan yang difokuskan pada tahun yang dirancang menerusi analisis yang bersesuaian. 8. Strategi 8.1. Program Pembangunan Kompetensi: Senarai program yang akan dilaksanakan dan justifikasi penentuan program. 8.2. Bajet: Anggaran perbelanjaan yang akan digunakan berdasarkan perancangan program pembangunan kompetensi yang disediakan berdasarkan analisis jurang kompetensi dan analisis pendekatan 3P yang dilaksanakan. 8.3. Tadbir Urus: Nyatakan Jawatankuasa yang terlibat seperti Jawatankuasa Latihan dan juga perancangan kekerapan mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) akan diadakan. 8.4. Peranan ILA: Nyatakan penglibatan serta peranan ILA dalam menyediakan modul pembangunan yang bersesuaian bagi program-program utama yang berkaitan. 8.5. Takwim: Sediakan takwim pelaksanaan program termasuk sesi perkongsian ilmu dalam kalangan peserta program kepada pegawai lain khususnya program- program yang mempunyai kesan signifikan berkaitan Kementerian / Jabatan atau mampu mentransformasi penyampaian perkhidmatan bagi menyokong pembelajaran berterusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy