Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam
31 Lampiran SM.1.1.1(A) CONTOH FORMAT PELAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI TAHUNAN Pelan Pembangunan Kompetensi (PPK) Tahunan Kementerian / Jabatan merupakan dokumen rujukan yang memandu perancangan Pengurus Sumber Manusia bagi menyediakan bakat perkhidmatan awam yang kompeten berdasarkan penilaian prestasi. Format PPK Tahunan oleh Kementerian / Jabatan boleh mengandungi (dan tidak tertakluk kepada) perkara-perkara seperti yang berikut: Bahagian A: Kementerian (bagi memastikan program pembangunan kompetensi yang dirancang adalah merujuk kepada teras pembangunan kompetensi yang dinyatakan dalam MyKompetensi) 1. Latar Belakang Kementerian / Jabatan 2. Visi Kementerian / Jabatan 3. Misi Kementerian / Jabatan 4. Objektif Kementerian / Jabatan 5. Fungsi Kementerian / Jabatan Bahagian B: Pelan Pembangunan Kompetensi (bagi memastikan perancangan pembangunan kompetensi pegawai dan organisasi dilaksanakan dengan teratur dan bersasar) 6. Objektif Pembangunan Kompetensi Objektif pembangunan kompetensi sesuatu tahun ditetapkan berdasarkan teras pembangunan kompetensi serta hala tuju Kementerian / Jabatan. 7. Perancangan Pembangunan Kompetensi Perancangan hendaklah merangkumi perkara berikut: 7.1. Kamus Kompetensi Proses pembangunan kamus kompetensi generik dan kompetensi fungsian jawatan berdasarkan kepada analisis jurang kompetensi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy