Pencen

 1-45 peraturan adalah layak diberi faedah persaraan seperti di Jadual 29 dengan mengemukakan borang dan dokumen yang diperlukan seperti di Perenggan 13 hingga Perenggan 16 mengikut mana yang berkenaan. Jadual 29 Faedah Persaraan Bagi Pegawai Sementara Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan 3/4 daripada pencen perkhidmatan yang dikira bersesuaian dengan jenis persaraan. b. Ganjaran Perkhidmatan 3/4 daripada ganjaran perkhidmatan yang dikira bersesuaian dengan jenis persaraan. 17. Permohonan Pencen Hilang Upaya Di Bawah Seksyen 17 Akta 227 / Seksyen 19 Akta 239 17.1 Sebagai tambahan kepada ganjaran dan pencen atau elaun bersara, pencen hilangupaya boleh diberi di bawah Seksyen 17 Akta 227 atau Seksyen 19 Akta 239 kepada anggota yang dikehendaki bersara di bawah Perenggan 10(5)(a) Akta 227/239 disebabkan menanggung bencana semasa melaksanakan tugas rasminya atau disebahkan oleh kemalangan dalam perjalanan atau mendapat penyakit kerana tugasnya, dengan syarat anggota itu tidak diberi apa-apa pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 dan bencana atau penyakit itu: (i) tidak berpunca daripada kecuaian atau salahlakunya; dan (ii) tidak menjadi semakin teruk oleh kerana kecuaian atau salahlakunya. 17.2 Pencen hilang upaya akan dibayar berasaskan darjah kecacatan dan gaji yang layak diterima semasa berlaku bencana atau kemalangan seperti di Jadual 30.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy