Pencen

 1-44 Bil. Borang dan Dokumen f. Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Borang Daftar Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara. g. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti. h. Salinan Sijil Nikah/ Sijil Daftar Perkahwinan. i. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami/isteri. j. Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat). k. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank. l. Salinan Kertas Opsyen Penswastaan. m. Dokumen sokongan jika memohon faedah persaraan di bawah Subseksyen l2A(4) Akta 227 / Subseksyen 13(4) Akta 239 kerana- Sakit : Laporan Lembaga Perubatan Daripada Hospital Kerajaan dan Surat Tamat Perkhidmatan daripada agensi awam yang diswastakan; Pengurangan pekerja: Surat persetujuan Kerajaan mengurangkan pekerja dan Surat Tamat Perkhidmatan daripada agensi awam yang diswastakan. 16. Permohonan Elaun Bersara dan Ganjaran Bagi Pegawai Sementara Di Bawah Seksyen 24 Akta 227 Pegawai sementara perkhídmatan awam Persekutuan dan Negeri yang dilantik: 16.1 sebelum 1.1.1976 dan berkhidmat terus-menerus sehingga tarikh pcrsaraannya selepas itu; 16.2 mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada 10 tahun; dan 16.3 tidak kena mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan pada tarikh pelantíkannya boleh diberi elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga perempat (3/4) daripada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan yang dikira mengikut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy