Pencen

 1-32 12.7 Persaraan Kerana Memberi Maklumat Palsu Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam [Perenggan l0(5)(f) Akta 227 / 239] Anggota berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 boleh dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan, mana yang berkenaan. Mereka layak diberi faedah persaraan yang ditetapkan oleh Yang diPertuan Agong atau Menteri, mana yang berkenaan. Faedah persaraan yang layak diberi ialah seperti di Jadual 19 dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti di Jadual 20. Jadual 19 Faedah Persaraan Kerana Memberi Maklumat Palsu Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan Apa-apa kadar yang telah ditetapkan oleh Yang Di- Pertuan Agong atau Menteri, mana yang berkenaan, yang tidak melebihi daripada: 1/600 x Jumlah x Gaji genap bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir. b. Ganjaran Perkhidmatan Apa-apa kadar yang telah ditetapkan oleh Yang Di- Pertuan Agong atau Menteri, mana yang berkenaan, yang tidak melebihi daripada: 7.5% x Jumlah x Gaji genap bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy