Pencen

 1-31 Bil. Borang dan Dokumen n. Surat kelulusan persaraan demi kepentingan awam oleh Pihak Berkuasa Negeri (bagi perkhidmatan awam Negeri sahaja). o. Perakuan Ketua Jabatan untuk membersarakan pegawai demi kepentingan awam (bagi Pihak berkuasa Berkanun dan Tempatan sahaja). 12.6 Persaraan Kerana Memperoleh Kewarganegaraan Asing Atau Dilucutkan Kewarganegaraan Malaysia [Perenggan 10(5)(e) Akta 227/239] Anggota berpencen boleh dibersarakan sekiranya memperoleh kewarganegaraan (selain daripada perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan atau telah mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain daripada Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Borang dan dokumen yang diperlukan bagi urusan persaraan ini ialah seperti di Jadual 18. Di bawah Seksyen 21A Akta 227 atau Seksyen 23A Akta 239 anggota yang dibersarakan atas sebab ini tidak dibayar faedah persaraan. Jadual 18 Borang Dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana memperoleh Kewarganegaraan Asing Atau Dilucutkan Kewarganegaraan Malaysia Bil. Borang dan Dokumen a. Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara. b. Salinan Kenyataan Perhidmatan dan Kenyataan Cuti. c. Salinan Kad Pengenalan anggota. d. Bukti anggota berkenaan telah memperoleh kewarganegaraan asing atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy