Pencen

xix Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pindaan 4: 4. Sehubungan dengan itu, pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 160 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 160 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam ternpoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Dipinda kepada 4. Sehubungan dengan itu, pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 180 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 180 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam ternpoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Pindaan 5: 5. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas pada tahun akhir persaraan. Dipinda kepada 5. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, GCR yang dikumpul melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas pada tahun akhir persaraan. Sila rujuk Lampiran PP.1.3.3(A). Pindaan 6: 6. Ketua Jabatan hendaklah— (ii) memastikan GCR yang dikumpul melebihi 160 hari melalui borang di Lampiran PP.1.3.1(C); Dipinda kepada 6. Ketua Jabatan hendaklah— (ii) memastikan GCR yang dikumpul melebihi 180 hari melalui borang di Lampiran PP.1.3.1(C);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy