Pencen

xviii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 6. PP.1.3.3 (1 Januari 2023) Pindaan 1: Tajuk - KEBENARAN GANTIAN CUTI REHAT MELEBIHI 160 HARI DIGUNAKAN SEBAGAI CUTI REHAT PADA TAHUN PERSARAAN Dipinda kepada Tajuk - KEBENARAN GANTIAN CUTI REHAT MELEBIHI 180 HARI DIGUNAKAN SEBAGAI CUTI REHAT PADA TAHUN PERSARAAN Pindaan 2: 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi membenarkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dikumpul melebihi 160 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Dipinda kepada 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi membenarkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dikumpul melebihi 180 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Pindaan 3: 3. Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak akan diambil kira untuk bayaran ‘award’ wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambahbaikan, Kerajaan telah bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Bagi maksud ini, tahun persaraan adalah dikira dua belas (12) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai. Dipinda kepada 3. Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa tidak akan diambil kira untuk bayaran ‘award’ wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambahbaikan, Kerajaan pada 1 Januari 2018 telah bersetuju membenarkan GCR melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Bagi maksud ini, tahun persaraan adalah dikira dua belas (12) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy