Pencen

 65 PP.1.3.3 Tanggungjawab Ketua Jabatan 6. Ketua Jabatan hendaklah— (i) memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan adalah teratur; (ii) memastikan GCR yang dikumpul melebihi 180 hari melalui borang di Lampiran PP.1.3.1(C); (iii) meluluskan cuti rehat yang dipohon oleh pegawai tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; (iv) merekodkan kelulusan ini dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan; dan (v) menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun daripada portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat di akhir perkhidmatan. PENGEKALAN 7. Peraturan, syarat, kaedah pengumpulan, perkiraan dan prosedur permohonan GCR yang diperuntukkan dalam Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Ceraian PP.1.3.2: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hendaklah dibaca bersama dengan Ceraian ini. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasa Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy