Pencen

 64 CERAIAN PP.1.3.3 KEBENARAN GANTIAN CUTI REHAT MELEBIHI 180 HARI DIGUNAKAN SEBAGAI CUTI REHAT PADA TAHUN PERSARAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi membenarkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dikumpul melebihi 180 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. LATAR BELAKANG 2. GCR bagi pegawai berpencen perkhidmatan awam Persekutuan diperuntukkan di bawah Peraturan 21 dan 21A, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 [P.U.(A) 176/1980], iaitu sebagai satu faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227]. 3. Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa tidak akan diambil kira untuk bayaran ‘award’ wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambahbaikan, Kerajaan pada 1 Januari 2018 telah bersetuju membenarkan GCR melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan. Bagi maksud ini, tahun persaraan adalah dikira dua belas (12) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai. PELAKSANAAN 4. Sehubungan dengan itu, pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 180 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 180 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 5. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, GCR yang dikumpul melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas pada tahun akhir persaraan. Sila rujuk Lampiran PP.1.3.3(A).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy