Pencen

 60 PP.1.3.2 di bawah Ceraian PP.1.2.1: Panduan Urusan Persaraan Pencen, dibaca bersama-sama Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR), untuk pegawai yang tertakluk kepada Skim Pencen. Walau bagaimanapun, Borang Kebenaran Pengumpulan Cuti Rehat adalah seperti di Lampiran PP.1.3.2(A) Ceraian ini dan Borang Kelulusan Pemberian GCR adalah seperti di Lampiran PP.1.3.2(B). 5. Pemberian GCR hanya boleh diluluskan berhubung dengan persaraan pegawai di bawah Subseksyen (5) atau (6) Seksyen 6A Akta 227 (yang terpakai bagi pegawai yang memilih Skim KWSP) atau kematian pegawai semasa dalam perkhidmatan. Ia tidak boleh diluluskan berhubung dengan cara penamatan perkhidmatan yang lain (termasuk peletakan jawatan atau dibuang kerja). Pihak Yang Melulus Dan Membiayai Pemberian GCR Bagi Pegawai Yang Memilih Skim KWSP 6. Kelulusan dan pembiayaan pemberian GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Terakhir pegawai berkenaan. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasa Ceraian ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini adalah keseluruhannya dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy