Pencen

 57 PP.1.3.1 Urusan Pengumpulan dan Permohonan GCR 14. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.3.1(B). Kebenaran ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut hendaklah disimpan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaannya untuk rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan mengenai GCR kelak. 15. Urusan permohonan GCR hendaklah menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran PP.1.3.1(C). Prosedur penghantaran borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan adalah seperti yang dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI Panduan Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen, Ceraian PP.1.2.1: Pengurusan Persaraan, Penamatan Perkhidmatan dan Pencen. Contoh pengisian borang yang lengkap ialah seperti di Lampiran PP.1.3.1(D) iaitu mengikut kaedah-kaedah pengumpulan yang dinyatakan di perenggan 5 dan 6 Ceraian ini. 16. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menyemak perakuan Ketua Jabatan di atas borang permohonan di Lampiran PP.1.3.1(D) dengan merujuk kepada salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang dikemukakan bersama-sama borang dan dokumen lain berhubung persaraan (atau kematian semasa dalam perkhidmatan) pegawai yang berkenaan. Sebelum meluluskan GCR, JPA berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal cuti rehat pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya. 17. Borang-borang seperti di atas hendaklah dipinda sewajarnya dengan menggantikan perkataan “160 hari”, dengan perkataan “180 hari” di mana-mana jua terdapat. PEMBATALAN 18. Dengan berkuat kuasa Ceraian ini, maka Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan di bawah adalah dibatalkan. (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat; dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008: Peningkatan Maksimum Cuti Rehat Dan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dikumpul Untuk Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada 150 Hari.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy