Pencen

52 CERAIAN PP.1.2.11 GARIS PANDUAN BAGI SYARAT DAN PROSEDUR BERKAITAN URUSAN PERSARAAN PILIHAN TERMASUK UNTUK MENJADI CALON PILIHAN RAYA OLEH PEGAWAI BERPENCEN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan syarat dan prosedur permohonan bagi urusan persaraan pilihan dan urusan persaraan pilihan untuk menjadi calon pilihan raya oleh pegawai berpencen bagi maksud Akta Pencen 1980 [Akta 227] dan pekerja berpencen bagi maksud Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239]. LATAR BELAKANG 2. Subseksyen 12(1) Akta 227 telah memperuntukkan mengenai kuasa Yang diPertuan Agong/Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi persetujuan ke atas permohonan pegawai persekutuan/pegawai negeri berhubung dengan persaraan pilihan apabila atau selepas mencapai umur empat puluh (40) tahun. 3. Subseksyen 12(1) Akta 239 pula memperuntukkan pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan boleh memberi persetujuan ke atas permohonan persaraan pilihan pekerja pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan itu (yang mana berkenaan) apabila atau selepas pekerja itu mencapai umur empat puluh (40) tahun. 4. Berhubung dengan pemberian pencen, ganjaran dan faedah lain— (a) perenggan 9(1)(b) Akta 227 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila memilih untuk bersara di bawah seksyen 12 Akta 227 setelah genap tempoh perkhidmatan selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy