Pencen

xvi Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 4. PP.1.3.1 (1 Januari 2023) Pindaan 1: 8. Had pengumpulan GCR adalah seperti yang berikut: (a) sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja; (b) sehingga 31 Disember 2008 diambilkira setakat 120 hari sahaja; (c) sehingga 31 Disember 2021 diambilkira setakat 150 sahaja; dan (d) mulai 1 Januari 2022, pegawai boleh mengumpul cuti rehat sehingga maksimum 160 hari. Dipinda kepada 8. Had pengumpulan GCR adalah seperti yang berikut: (a) sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja; (b) sehingga 31 Disember 2008 diambilkira setakat 120 hari sahaja; (c) sehingga 31 Disember 2021 diambilkira setakat 150 hari sahaja; (d) sehingga 31 Disember 2022 diambil setakat 160 hari sahaja; dan (e) mulai 1 Januari 2023, pegawai boleh mengumpul cuti rehat sehingga maksimum 180 hari. Pindaan 2: 9. Apa-apa jumlah cuti rehat dan cuti rehat khas yang telah dikumpulkan setakat 31 Disember 2021 yang melebihi seratus lima puluh (150) hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.3.3. Dipinda kepada 9. Apa-apa jumlah cuti rehat dan cuti rehat khas yang telah dikumpulkan setakat 31 Disember 2022 yang melebihi seratus enam puluh (160) hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.3.3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy