Pencen

 3-1 Lampiran PP.1.2.4(C) Rujukan Kami: Tarikh: [Kepada Pegawai yang telah dihadapkan ke Lembaga Perubatan] Tuan/Puan*, Notis Cadangan Persaraan Atas Sebab Kesihatan Di Bawah Seksyen 10 (5) (a), Akta Pencen 1980 [Akta 227] Saya di arah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Kementerian/Jabatan* ini telah menerima laporan Lembaga Perubatan yang telah memeriksa tuan/puan* pada .......................................... + 2. Lembaga Perubatan tersebut telah mengesahkan bahawa tuan/puan* adalah mengidap......................................................@ dan kelemahan ini akan menjadi kekal. Pendapat Lembaga Perubatan tersebut ialah bahawa kelemahan ini akan menyebabkan tuan/puan* tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan tuan/puan* sepertimana ditetapkan di dalam senarai tugas tuan/puan* yang dilampirkan bersama- sama surat ini. 3. Dengan itu Kementerian/Jabatan* ini akan memperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri* supaya tuan/puan* dibersarakan atas sebab kesihatan di bawah seksyen 10 (5) (a), Akta Pencen 1980 [Akta 227]. Sekiranya tuan/puan* adalah di dalam skim pencen, tuan/puan* layak menerima faedah persaraan yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut. 4. Mulai tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga Perubatan hingga tarikh sehari sebelum tarikh persaraan yang akan diputuskan, tuan/puan* akan diberi Cuti Perubatan Khas dengan dibayar gaji pokok dan imbuhan tetap berdasarkan jawatan hakiki sekiranya tuan/puan* tidak mempunyai cuti rehat atau sebaik sahaja tuan/puan* menghabiskan cuti rehat, yang mana terkemudian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy